Sunday, September 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Wartawan MalaysiaGazette

Wartawan MalaysiaGazette

44005 Artikel 0 Komen

OPERASI BERSEPADU MENGESAN BAHAN KIMIA TOKSIK

Seorang anggota dari sepaasukan Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe) Makmal Forensik PDRM, Team AZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memulakan operasi mengesan bahan toksik dan kimia di sekitar kawasan kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh pada 13 februari lalu di KLIA2, Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2017.

DS Zahid Hamidi Rasmi dan Lawat Ruang Pameran MITA 2017

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) memegang anak kambing kacukan SAANEN dari Switzerland turut serta Presiden Malaysian Inbound Tourism Association (MITA), Uzaidi Udanis (dua kanan) dan Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin (kanan) ketika melawat ruang pameran selepas Majlis Perasmian Ekspo Pelancongan Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA) 2017 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Mines, The Mines, Seri Kembangan. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 25 FEBRUARI 2017

KEMATIAN KIM JONG-NAM PILIHAN TAJUK UTAMA AKHBAR TEMPATAN

Hari ke 12 berita kes kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh di KLIA2, masih lagi menjadi tumpuan muka hadapan akhbar-akhbar utama tempatan ketika tinjuan lensa Malaysia Gazatte di sekitar Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 25 FEBRUARI 2017.

Wilayah International Motofest 2017

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencuba salah sebuah motor klasik jenama Norton sempena Wilayah International Motofest 2017 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 24 FEBRUARI 2017.

SUSPEK TAHANAN REMAN WARGA KOREA UTARA

Gambar kiri menujukkan suspek keluar dari lokap jam 10pagi dan jam 11.50pagi suspek tahanan reman warga Korea Utara, Ri Jong Chol (kanan) dibawa masuk kembali ke lokap dipercayai selepas disiasat sambil diiringi anggota polis berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang dipercayai mati dibunuh di KLIA2 pada 13 Februari lalu, di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 24 FEBRUARI 2017.

DS Rosmah Mansor Rasmi Hari Kraf Kebangsaan 2017

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertanyakan sesuatu kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kanan) ketika melihat tenunan Bibah Songket yang di tunjukkan oleh Pembuat Songket, Sabrena Shamsul (kiri) ketika melawat tapak pameran selepas merasmikan Hari Kraf Kebangsaan 2017 di Kompleks Kraf Jalan Conlay, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 23 FEBRUARI 2017.

Tok Pa Lawat Cawangan Gergasi Decathlon

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) menunjukkan kebolehannya menunggang basikal sambil diperhatikan Pegawai Eksekutif Decathlon Store, Dong Tom Meng (dua kanan) ketika hadir melawat cawangan gergasi Decathlon Sri Damansara Store di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 23 FEBRUARI 2017.

Kelibat Suspek Dan Wakil Kedutaan Korea Utara di IPD Sepang

Dipercayai kelibat seorang suspek warga Korea Utara (kanan) dibawa oleh anggota polis selepas selesai disoal siasat oleh pegawai siasatan kira-kira empat jam yang bermula dari 12.05petang, berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLIA2, di Ibu Pejabat Daerah Polis Sepang, Selangor. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 22 FEBRUARI 2017.

STAFOC Lengkap Bersenjata di IPHK

Kelihatan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFK) berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLI2, Hospital Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2017.

Kenderaan Duta Korea Utara ke Malaysia Keluar Dari Wisma Putra

Sebuah kenderaan yang dipercayai membawa Duta Korea Utara ke Malaysia bergegas meninggalkan bangunan Wisma Putra selepas sesi perjumpaan wakil Korea Utara itu bersama pihak Kementerian Luar Negara di Wisma Putra, Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 20 FEBRUARI 2017.