Tuesday, October 1, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Wartawan MalaysiaGazette

Wartawan MalaysiaGazette

44036 Artikel 0 Komen

Mesin Imbas Sumbangan Kad Tanpa Sentuh Pertama – Bank Islam

Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani (kiri) mendengar penerangan dari Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Datuk Seri Zukri Samat mengenai mesin imbas perkhidmatan sumbangan melalui kad tanpa sentuh yang pertama di Malaysia sambil diiringi Gabenor Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim (kanan) ketika melawat tapak pameran selepas Perasmian Karnival Kewangan di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 JANUARI 2017

Bekas Pengarah Urusan Tekun Nasional Ditahan SPRM

Bekas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tekun Nasional, Datuk Abdul Rahim Hassan dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menyalahgunakan kuasa meluluskan permohonan pinjaman program perintis di Mahkamah Seksyen Shah Alam. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 09 JANUARI 2017.

Misi Bantuan RELA ke Pantai Timur

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menampal pelekat pada cermin kenderaan misi bantuan sebagai gimik pelancaran majlis Pelancaran Misi Bantuan RELA bagi mangsa banjir di Pantai Timur di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 04 JANUARI 2017.

Dokumen Perancangan Strategik KDN Tahun 2017

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menunjukkan sesuatu mengenai dokumen Perancangan KDN 2017 kepada timbalannya, Datuk Nur Jazlan Mohamed (tiga kanan) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha KDN, Y.Bhg Dato' Sri Alwi Ibrahim (tiga kiri), Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua kanan) dan Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali (kanan) pada majlis Penyerahan Dokumen Perancangan Strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2017 di KDN, Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 04 JANUARI 2017.

PERJALANAN TERAKHIR SENIMAN TAN SRI SM SALIM

Jenazah Allahyarham Tan Sri SM Salim diusung setibanya di Masjid Jamek Kg. Baru bagi tujuan memandikan jenazah dan dikafankan sebelum solat jenazah selepas Solat Jumaat di Masjid Jamek Kg. Baru, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 30 DISEMBER 2016.

KPDNKK Tinjau Kawalan Harga Perayaan Krismas

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayuddin (tengah) diiringi Timbalan Pengarah Pencegahan dan Perisikan Bahagian Penguatkuasa KPNKK, Othman Nawang (kiri) dan Pengurus Besar Operasi GMS Bahagian Selatan, Mathavan Arjunan (kanan) melihat harga sayur-sayuran ketika membuat tinjauan kawalan harga sempena perayaan Krismas di AEON Cheras Selatan, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR, 23 DISEMBER 2016