Wartawan MalaysiaGazette
STAFOC Lengkap Bersenjata di IPHK
Kelihatan sepasukan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman yang lengkap bersenjata mengawal setiap penjuru pintu masuk Institut Perubatan Forensik Negara (IPFK) berikutan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara yang mati dibunuh di KLI2, Hospital Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 21 FEBRUARI 2017.
Kenderaan Duta Korea Utara ke Malaysia Keluar Dari Wisma Putra
Sebuah kenderaan yang dipercayai membawa Duta Korea Utara ke Malaysia bergegas meninggalkan bangunan Wisma Putra selepas sesi perjumpaan wakil Korea Utara itu bersama pihak Kementerian Luar Negara di Wisma Putra, Putrajaya. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 20 FEBRUARI 2017.
DS Ismail Sabri Hadir Perkhidmatan Cemerlang KKLW
Reaksi spontan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika bergambar bersama penerima-penerima Perkhidmatan Cemerlang KKLW 2016 di Dewan Maeps, Serdang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 20 FEBRUARI 2017
Parlimen Subang Menyokong Himpunan Solidariti Ummah 2017
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tengah), Setiausaha Kongres Rakyat, Nasrudin Tantawi (hadapan, empat kanan) dan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar (hadapan, tiga kanan) memegang poster dan bergambar bersama para penyokong RUU 355 pada majlis Himpunan Solidariti Ummah 2017 P.107 Parlimen Subang di Masjid Al-Huda, Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 19 FEBRUARI 2017.
MEDIA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA ‘SERBU’ BUKIT AMAN
Ratusan media tempatan dan antarabangsa hadir ketika Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bercakap pada sidang media mengenai isu pembunuhan Kim Jong Nam, turut serta adalah Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat di Bukit Aman, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 19 FEBRUARI 2017.
Kayveas hadir Mesyuarat MyPPP
Presiden MyPPP, Tan Sri Datuk Seri M. Kayveas, (tengah) mengatakan sesuatu kepada Naib Presiden Kanan MyPPP, Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz (dua kiri) mengenai laporan #challenge265myPPP pada sidang media selepas selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti MyPPP Malaysia di Ibu Pejabat MyPPP Malaysia, Kampung Attap, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 19 FEBRUARI 2017.
PENGEBUMIAN ALLAHYARHAM IBU AZMIN ALI
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) menaburkan bunga mawar di pusara ibunya Allahyarham Che Tom Yahaya di Tanah Perkuburan Kampung Klang Gate, Hulu Kelang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL 18 FEBRUARI 2017
RAJA MUDA SELANGOR BERI PENGHORMATAN KEPADA ALLAHYARHAM IBU AZMIN
Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin (dua kiri) berkenan diiringi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (tengah) hadir memberi penghormatan terakhir keatas Jenazah Allahyarham Che Tom Yahaya dan menunaikan solat jenazah di Kampung Klang Gate, Hulu Kelang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL 18 FEBRUARI 2017
PETUGAS MEDIA TEMPATAN DAN ANTARABANGSA SETIA MENUNGGU
Petugas-petugas media tempatan dan antarabangsa masih menunggu sehingga lewat malam berkaitan kes kematian Kim Jong-Nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un yang mati dibunuh di KLIA2, Sepang Isnin lalu dihadapan Institut Perubatan Forensik Negara, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 17 FEBRUARI 2017.
Raja Muda Selangor Berswafoto Dengan Belia Selangor
Aksi spontan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berswafoto kenangan bersama peserta Belia Selangor selepas Majlis Pelancaran Minggu Belia Selangor 2017 di Sunway Resort, Bandar Sunway, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 15 FEBRUARI 2017