Wartawan MalaysiaGazette
TPM Lancaran Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF)
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kiri) bersama Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (kiri) sambil diperhatikan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia, Anuar Abd. Manap (dua kanan) melakukan gimik Pelancaran Ikatan Hati Warga FELDA (IKTIRAF) sempena Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2017.
Suspek ke4 – Ri Jong-Chol Lengkap Berbaju Kalis Peluru
Suspek ke empat warga Korea Utara, Ri Jong-Chol (tengah) yang lengkap berpakaian kalis peluru dibawa keluar dari IPD Sepang oleh Pasukan Petugas Khas Terancang (STAFOC) untuk diserahkan ke Jabatan Imigresen berkenaan kes pembunuhan Kim Jong-Nam yang merupakan abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Ibu Pejabat Polis Daerah, Sepang. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 03 FEBRUARI 2017
Kes bunuh Kim Jong-nam: Media tunggu suspek ke-4 diusir
Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang yang menjadi tumpuan berikutan penahanan suspek kes bunuh Kim Jong-nam di situ hari ini sekali lagi dipenuhi petugas media sejak awal pagi lagi.
Bacaan Yasin Untuk Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin
Orang ramai membaca surah Yasin ketika hadir menziarahi jenazah Allahyarham Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin di Kampung Pasir Hulu Kelang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 01 MAC 2017.
FGV Umum Keuntungan Bersih Suku ke4
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad dan barisan Pengarah Urusan kanan FGV melihat catatan keuntungan FGV pada sidang media di Menara Felda, Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 28 FEBRUARI 2017.
Mahadzir Khalid Sampaikan Anugerah Pelajar Terbaik STPM
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid (dua kiri) diiringi Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak (kiri) menyerahkan anugerah Pelajar Terbaik STPM kategori Pelajar Istimewa kepada pelajar dari Kolej Tingkatan Enam Pontian, Johor, Lim Xin Huo (kanan) pada Majlis Penyampaian Anugerah Sekolah Terbaik dan Pelajar Terbaik STPM dan MUET tahun 2016 di The Everly Hotel, Putrajaya. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2017.
Peduli Rakyat, Peduli Sihat dan Peduli Siswa Untuk Warga Kajang
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (empat kanan) bersama Presiden PKR merangkap Adun Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (tengah) beramah mesra bersama pengunjung yang hadir pada Majlis Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat, Skim Peduli Sihat dan Peduli Siswa di Stadium Kajang, Selangor. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 28 FEBRUARI 2017.
Malaysia dan Arab Saudi Meterai MoU di Seri Perdana
Reaksi ceria Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud ketika diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa hadir pada perbincangan berkaitan hubungan diplomatik dan ekonomi dan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama Antara Malaysia dan Arab Saudi di Seri Perdana, Putrajaya. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 27 FEBRUARI 2017
RAJA ARAB SAUDI DI MALAYSIA
Raja Arab Saudi, Salman Abdulaziz Al Saud memberi tabik hormat kepada panji-panji ketika memeriksa perbarisan kawalan terhormat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja di sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Dataran Parlimen, Kuala Lumpur. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 26 FEBRUARI 2017
OPERASI BERSEPADU MENGESAN BAHAN KIMIA TOKSIK
Seorang anggota dari sepaasukan Letupan Nuklear, Biologi, Radiologi dan Kimia (CBRNe) Makmal Forensik PDRM, Team AZMAT dan CBRNe Bomba dan Penyelamat serta Pasukan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) memulakan operasi mengesan bahan toksik dan kimia di sekitar kawasan kematian Kim Jong-Nam yang mati dibunuh pada 13 februari lalu di KLIA2, Sepang. foto MOHD HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2017.