BNM

Purata empat buah syarikat yang berunsurkan penipuan telah ditubuhkan setiap bulan.

China Press yang melakukan analisis berdasarkan Amaran Pengguna (Consumer Alert) oleh Bank Negara mendapati syarikat pelaburan yang beroperasi tanpa kelulusan telah meningkat sebanyak 127 buah dalam tempoh dua tahun enam bulan.

Pada lapan bulan pertama 2016 sahaja, sebanyak 30 syarikat yang melanggar undang-undang telah dimasukkan dalam senarai amaran Bank Negara.

Dalam senarai terbaru Bank Negara yang dikemas kini, 158 syarikat menjalankan kegiatan tanpa lesen, 64 buah syarikat melakukan perdagangan mata wang secara haram dan 55 lagi menjalankan pelaburan emas telah dikenal pasti.

Kegiatan lain yang dikesan termasuk pengumpulan modal secara haram, loteri palsu, penipuan wang pendahuluan, skim cepat kaya, skim pelaburan Internet serta penyalahgunaan kad kredit dan kad transaksi.

Selain itu, ada juga syarikat haram yang menyalah guna nama pegawai atasan Bank Negara untuk kegiatan mereka.

“Walaupun Bank Negara tidak pernah berhenti melakukan kempen pendidikan, tetapi masih ramai tertipu kerana inginkan duit segera,” kata jurucakap Bank Negara.