Home Ekonomi Harga minyak dunia hampir tertinggi 17 bulan

Harga minyak dunia hampir tertinggi 17 bulan

NEW YORK – Harga minyak dunia terus naik dan semakin hampir ke paras tertinggi 17 bulan, selepas Goldman Sachs meningkatkan unjuran harga untuk 2017 .

Malah, negara-negara pengeluar minyak juga menunjukkan tanda-tanda mematuhi perjanjian global untuk mengurangkan bekalan yang diputuskan baru-baru ini.

Niaga hadapan Brent meningkat sebanyak AS$1.19 atau 2.2 peratus, untuk ditutup pada AS$ 55.21 setong, manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) bertambah AS$1 atau dua peratus, untuk ditutup pada AS$51.90 setong.

Prestasi itu meletakkan kontrak minyak mentah meningkat bagi minggu keempat dengan lonjak Brent mencecah 23 peratus manakala WTI 20 peratus. – MalaysiaGazette