Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Classic Worldwide International Group (CWIG), Datuk Seri Dr. Rozaini Hasan menunjukkan Kopi Pak Belalang terbaru yang telah rasmikan pada Malam Legasi Jutawan ARBA 2016 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Selangor. foto 17 DISEMBER 2016.

Kopi Pak Belalang yang kini dalam versi tin akan mula dipasarkan pada 3 Januari ini di seluruh negara.

Selain Malaysia, kopi keluaran Classic Worldwide International Group (CWIG) itu juga akan dipasarkan ke Indonesia pada Mac tahun depan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CWIG, Datuk Seri Rozaini Hasan yakin segmen baharu produk syarikatnya akan menembusi pasaran Asia.

“Kopi Pak Belalang dalam tin ada tiga perasa iaitu mocha, latte dan capuccino dan dijual RM2.20 setin

“Saya yakin dengan strategi pemasaran, ia dapat menembusi pasaran di Asia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Malam Legasi Jutawan ARBA Network di Shah Alam malam tadi.

Menurut Rozaini, kopi dalam bentuk ready to drink itu akan dapat memenuhi permintaan semasa sesuai dengan gaya metropolitan yang gemar ringkas dan segera.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Kopi Pak Belalang yang dijual secara paket tetap dijual seperti biasa.

Selain itu, katanya, di Indonesia, selain produk kopi itu dalam tin, pihaknya juga akan memperkenalkan produk Teh Musang Berjanggut dan Teh Puspa Wangi sekitar Februari tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Classic Worldwide International Group (CWIG), Datuk Seri Dr. Rozaini Hasan (tiga kanan) menyampaikan hadiah tempat pertama Anugerah Apperantis Khalifah Ringgit (KR) dan replika cek bernilai RM 500,000 kepada Muhammad Shahir Abd Samad (tiga kiri) pada Malam Legasi Jutawan ARBA 2016 di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC), Selangor. foto 17 DISEMBER 2016.

Terdahulu, pada majlis yang sama, Rozaini meraikan 3,500 ejen dan staf CWIG dari Malaysia dan Indonesia dengan pelbagai hadiah wang tunai sehingga RM500,000 dan cabutan bertuah kereta-kereta mewah termasuk Porsche Panamera.

Selain itu, beliau juga menyampaikan anugerah penghargaan kepada stafnya yang dikenali Khalifa Ringgit dan ahli-ahli CWIG yang telah banyak menyumbang kepada syarikat.–MalaysiaGazette