Sebuah pesawat tentera udara Indonesia terhempas di kawasan pergunungan dan mengorbankan kesemua 13 orang penumpang.

Nahas itu berlaku semasa latihan di wilayah terpencil di Papua, menurut agensi mencari dan menyelamat.

Pesawat Hercules C130 berlepas dari Timika sebelum terhempas di kawasas berhampiran Wamena pada pukul 6.15 pagi waktu Indonesia.

Lokasi nahas telah ditemui dan mayat mangsa sedang proses dibawa keluar.

Pengangkutan udara itu biasanya digunakan untuk perjalanan jauh dan pergunungan Papua, di wilayah timur Indonesia. – MalaysiaGazette