Gambar hiasan

Ringgit mencatatkan paras terendah sejak Krisis Kewangan Asia hari ini apabila pelabur terus menjual aset-aset pasaran pesat membangun dan selepas spekulasi matawang bulan lepas yang merancakkan lagi pengeluaran keluar.

Ringgit jatuh sebanyak 0.1 peratus kepada 4.4805 bagi satu dolar Amerika, satu paras yang tidak pernah dilihat sejak Januari 1998.

Sehingga hari ini, ringgit telah jatuh sebanyak 4.3 peratus yang hanya dilihat semasa krisis kewangan Asia 1998 apabila ia menjunam kepada 4.19 dan “diselamatkan” menerusi tambatan pada 3.80 berbanding dolar.

Ringgit mengukuh 0.09 peratus kepada 3.1007 berbanding dolar Singapura.- MalaysiaGazette