Siti Nurhaliza bersama trofi-trofi selepas merangkul anugerah Album Terbaik yang merupakan antara dua anugerah utama pada malam Anugerah Industri Muzik Ke-22 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto ASHRAF MUSTAQIM BADRUL MUNIR, 18 DISEMBER 2016.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menepati ramalan pada malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-22 (AIM 22) apabila merangkul empat anugerah.

Keempat-empat anugerah itu termasuk Album Terbaik.

Mempertaruhkan album Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged, penyanyi berusia 36 tahun itu terus melebarkan penguasaannya apabila merangkul anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu buat kali ke-13 dan Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi.

Siti Nurhaliza juga menjadi pilihan ramai memenangi kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia menerusi undian.

Sementara itu, Faizal Tahir tidak pulang hampa apabila memenangi anugerah Lagu Terbaik dan Lagu Pop Terbaik menerusi lagu Sejati.

Lagu Mata Hati nyanyian Azlan & Type Writer pula memenangi kategori Lagu Rock Terbaik.

Gandingan Altimet & Takahara Suito menerusi lagu Janji dipilih kategori Lagu Hip Hop Terbaik.

AIM22 juga memilih Akim Ahmad sebagai Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) menerusi lagu Potret.

Acara malam kemuncak itu turut mengiktiraf penyanyi antarabangsa Yuna sebagai pemilik Anugerah Kembara atas pencapaiannya di Amerika Syarikat.

Selain itu, Anugerah Sri Wirama AIM 2016 diberikan kepada Datuk Sheila Majid atas sumbangan beliau dalam industri melebihi 32 tahun.
Senarai penuh pemenang AIM22:

Album Terbaik:
Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged

Lagu Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir

Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:
Datuk Siti Nurhaliza

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad – Potret

Lagu Pop Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir

Lagu Rock Terbaik:
Mata Hati – Azlan & The Type Writer

Anugerah Kembara:
Yuna

Anugerah Sri Wirama:
Datuk Sheila Majid

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza

Rakaman Album Terbaik:
Panic Bird – Froya

Kulit Album Terbaik:
Bahtera – Sekumpulan Orang Gila

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:
De Fam – #Supergirls

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:
Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya

Video Muzik Terbaik:
Not For Sale – Stacy

Artis Baru Terbaik:
Syamel

Lagu Hip Hop Terbaik:
Janji – Altimet & Takahara Suiko

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Firefly – Sonaone

Lagu Nasyid Terbaik:
Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza

Lagu Pop Terbaik:
Joget Sulam Sakti – Reena Nicky.–MalaysiaGazette