Bung Moktar Radin

KUALA LUMPUR – Felcra yang sudah berusia lima dekad akan menjadikan hartanah sebagai perniagaan terasnya mulai tahun depan.

Pengerusi Felcra, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, penumpuan baru itu bertujuan mengembangkan perniagaan Felcra, selain terlibay dalam sektor perladangan.

Felcra juga berhasrat untuk meneroka dalam produk pemakanan.

Menurut beliau, penerokaan dalam produk pemakanan itu bagi membantu usaha Kementerian Asas Tani mengurangkan import makanan menjelang tahun 2050.

Beliau berkatap demikian ketika berucap pada majlis sambutan 50 tahun Felcra di sini.

Majlis itu disempurnakan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Bung Moktar mahu Kerajaan Persekutuan dan kerajaan -kerajaan negeri diminta mewartakan tanah pertanian.

Ia bertujuan untuk menangani kekurangan tanah pertanian akibat pembangunan lain.

Katanya, sejak ditubuhkan Felcra telah membuka seluas 200,000 hektar tanah dengan 110,000 peserta. – MalaysiaGazette