Home Ekonomi Lagarde didapati bersalah tetapi tiada hukuman

Lagarde didapati bersalah tetapi tiada hukuman

PERANCIS – Mahkamah Perancis mendapati Ketua Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde bersalah atas kecuaian meluluskan pembayaran sejumlah AS$427 juta kepada ahli perniagaan Bernard Tapie bagi penjualan firma.

Beliau bagaimanapun tidak dijatuhi apa-apa hukuman.

Lagarde yang menafikan salah laku itu, tidak hadir ke mahkamah kerana ke Washington.

Lembaga Pengarah IMF berkata, organisasi itu mempunyai kepercayaan penuh kepada kepimpinan Lagarde.

Lagarde berkata, beliau tidak akan merayu terhadap keputusan mahkamah itu.

Kerajaan Perancis juga mengesahkan keyakinannya terhadap Lagarde, yang telah dilantik semula sebagai pemimpin IMF untuk tempoh lima tahun lagi mulai bulan Februari. – MalaysiaGazette