Johari Abdul Ghani

1Malaysia Development Bhd. telah membayar faedah bonnya yang tamat pada suku ini selepas penjamin bersama hutang tersebut dipaksa untuk membayar kupon tersebut pada awal 2016, sekaligus telah menyebabkan pertikaian di antara kedua-dua firma berkenaan.

Pembayaran tersebut merupakan sebahagian daripada pendekatan pengurusan 1MDB untuk menyelesaikan pertikaian dengan International Petroleum Investment Co. walaupun kedua-dua pihak masih meneruskan rundingan timbang tara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani dalam satu temubual dengan Bloomberg berkata, kementerian sedang memantau syarikat pelaburan negara itu dan sedang meningkatkan pengambilan alih aset-aset dan projek 1MDB berikutan keputusan kerajaan untuk mengurangkan kuasa firma bermasalah itu.

Firma pelaburan negara itu terbelit dalam isu pembayaran dua set bon yang diterbitkan oleh 1MDB dan dijamin bersama oleh IPIC.

Ini telah menyebabkan kegagalan pembayaran pada April yang menokok skandal 1MDB yang sudahpun menjadi perhatian dunia akibat siasatan terhadap tuduhan-tuduhan berkaitan pemutihan wang haram dan penggelapan wang.

IPIC membayar kupon tersebut selepas 1MDB gagal membayarnya pada April dan Mei.

“Bon tersebut masih milik 1MDB. Pengurusan syarikat akan membuat keputusan siapa yang sepatutnya menyediakan dana-dana untuk membayar kupon seterusnya yang bernilai AS$1.75 bilion,” kata Johari lagi.

1MDB bagaimanapun tidak memberi jawapan segeri kepada e mel yang dihantar untuk mendapatkan komen.

IPIC meminta AS$6.5 bilion daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia kerana gagal menunaikan tanggungjawab hutang mereka sehingga pertikaian di antara kedua-dua firma beralih kepada rundingan timbang tara.

Antara isu-isu yang dibangkitkan kedua-dua syarikat adalah beberapa billion dana yang dituduh hilang.

“Kami telah membuat pembayaran kepada IPIC sebanyak AS$3.5 bilion, jadi jika mereka kata mere tidak menerimanya, di sinilah kita harus duduk dan lihat apa telah berlaku,” katanya.

Menurut Johari, 1MDB pernah berkata, mereka mungkin menjadi mangsa pembayaran palsu yang mana IPIC sengaja melakukannya.

IPIC bagaimanapun menafikan mempunyai pemilikan terhadap syarikat yang 1MDB telah pindahkan wang tersebut.

Rundingan timbang tara itu masih berada di peringkat kes pengurusan dan 1MDB secara serentak cuba mencari jalan untuk sama ada ‘mereka akan duduk dan menyelesaikannya dengan tegas’ dengan IPIC, kata Johari.

Kementerian Kewangan telah mengambil alih pembangunan Tun Razak Exchange daripada 1MDB, kata Johari.

“Kami akan menutup 1MDB dan tiada lagi aktiviti dalam firma tersebut,” katanya.

Skandal yang menyelubungi 1MDB telah menjejaskan sentimen pelabur di Malaysia dan Johari berkata, negara perlu belajar daripada episod berkenaan.

“Apa yang saya ingin tegaskan adalah perkara ini tidak akan membuatkan ekonomi Malaysia ranap.

Kita kena belajar daripada kesilapan yang telah dibuat. Kita mesti memastikan kita mempunyai model perniagaan yang betul, pengurusan yang bagus dan urus tadbir korporat yang baik,” katanya lagi. –Bloomberg