Home Dunia 9 terbunuh dalam letupan di pasar bunga api

9 terbunuh dalam letupan di pasar bunga api

Pasukan keselamatan mencari mangsa-mangsa letupan bunga api di sebuah pasar di Mexico. Foto AFP

MEXICO – Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 70 lagi cedera dalam letupan di pasar bunga api di San Pablito kira-kira 20 batu (32km) di luar bandar Mexico.

Rakaman di tempat kejadian menunjukkan sejumlah besar bunga api di udara ketika letupan itu dilaporkan berlaku.

Letupan besar berlaku di pasar bunga api di Mexico. Foto Agensi
Letupan besar berlaku di pasar bunga api di Mexico. Foto Agensi

 

 

Setakat ini belum disahkan jumlah kematian akibat letupan itu tetapi Palang Merah Mexico telah menghantar 25 ambulans.

Penduduk setempat juga dihalang melalui kawasan berkenaan.

Gabenor Negeri Eruviel Avila berkata, keutamaan adalah untuk memastikan mangsa yang cedera diberi rawatan segera.

Menurut saksi, bunga api terus selepas letupan awal sehingga asap tebal melitupi ruang udara kawasan sekitar.

Gambar-gambr yang diperoleh daripada polis dan kakitangan perubatan di tempat kejadian menunjukkan beberapa orang cedera, gerai pasar musnah dan bangunan-bangunan hangus. – MalaysiaGazette