Home Dunia Lelaki tembak di pusat Islam Zurich ditemui mati

Lelaki tembak di pusat Islam Zurich ditemui mati

154
0
Mayat lelaki yang terlibat dalam tembakan di pusat Islam, Zurich di temui mati oleh polis. Foto BBC

Seorang lelaki yang menembak dan mencederakan tiga orang di sebuah pusat Islam di Zurich telah ditemui mati tidak jauh dari kawasan itu.

Beliau telah dikenal pasti sebagai warga Switzerland, berusia 24 tahun. Beliau juga dikehendaki polis kerana terlibat dalam kes pembunuhan di bandar itu pada hari Ahad lalu.

Lelaki tersebut dipercayai melepaskan tembakan pada petang Isnin di sebuah pusat Islam Somalia berhampiran dengan stesen Zurich.

Sepucuk pistol kemudiannya ditemui di bawah jambatan. Polis mengesahkan lelaki itu merupakan saspek yang diburu.

DNA lelaki itu juga sepadan dengan kesan yang ditemui dalam kejadian pembunuhan di taman permainan di Schwamendingen di Zurich Ahamd lalu.

Polis bagaimanapun tidak pasti mengapa lelaki tersebut memilih pusat Islam itu sebagai sasaran.

Lelaki berkenaan pernah disabitkan dengan kesalahan juvana dalam kes serangan dan mencuri motosikal.

Malah kediamannya penuh dengan objek yang berkaitan dengan ilmu ghaib.

Sementara itu, tiga mangsa yang cedera semasa kejadian di pusat Islam dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan kecemasan. – MalaysiaGazette