Tiger Woods

Bintang Golf, Tiger Woods nampaknya akan kembali ke tempat asal beliau memulakan kariernya sebagai seorang pemain golf.

Pemain kelahiran Amerika Syarikat itu hari ini mengesahkan penyertaan dalam Kejohanan Golf Terbuka Genesis pada Februari depan.

Kejohanan itu menjadi sentimental kepadanya kerana di situ Woods melakukan penampilan pertama pada tahun 1992 semasa berusia 16 tahun.

“Saya sangat teruja dan tak sabar untuk kembali ke Riviera, disitulah bermulanya karier saya.

“Ketika itu saya berusia 16 tahun dan berat 47.6 kilogram sahaja, ia saat yang mengubah hidup saya,” katanya.

Pada tahun 1992, Tiger Woods sudah pun dikenali sebagai atlet golf.

Beberapa bulan kemudian, dia muncul sebagai pemain pertama mencipta hatrik dalam merangkul kejuaraan US Junior sebelum mencipta rekod untuk kejohanan Amateur AS.

Woods berjanji akan muncul beraksi hampir kesemua kejohanan sepanjang tahun 2017 nanti.

Woods juga difahamkan sedang dalam perbincangan untuk beraksi dala Jelajah Eropah awal tahun depan. – Agensi