Joel Matip bakal berdepan tindakan FIFA kerana menolak panggilan pasukan kebangsaan Cameroon menyertai kejohanan Piala Afrika Januari depan. FOTO: the Sun

Liverpool dijangka berdepan masalah dengan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bola Sepak Cameroon.

Ini berikutan tindakan pemain pertahanannya, Joel Matip menolak panggilan pasukan kebangsaannya bagi menghadapi Piala Benua Afrikadi Gabon pada Januari depan.

Matip berdepan tindakan penggantungan FIFA daripada beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ekoran keputusannya itu.

Pemain berusia 25 telah mencetuskan kemarahan jurulatih Cameroon, Hugo Broos, kerana mahu beraksi bersama the Kops dalam aksi EPL.

Matip merupakan antara tujuh pemain yang menolak panggilan skuad kebangsaannya.

Pemain pertahanan West Bromwich, Albion Allan Nyom tidak sanggup kehilangan peluang di bawah pengurusan Tony Pulis.

Broos sangat marah dengan tindakan pemain kebangsaan itu dan mungkin akan mendesak FIFA menggantungnya untuk beraksi dengan kelab dari 14 Januari hingga 5 Februari depan.

“Pemain-pemain ini meletakkan kepentingan peribadi membatasi pasukan kebangsaan dan persekutuan patut menggunakan kuasa untuk bertindak ke atas pemain terbabit menggunakan peraturan FIFA,” katanya.

Peraturan FIFA membenarkan persatuan itu menggantung pemain yang menolak panggilan skuad kebangsaan tanpa sebab munasabah. – Agensi