Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM399.7 bilion (bersamaan dengan AS$96.4 bilion) pada 15 Disember 2016.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.3 bulan import tertangguh dan ialah 1.2 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata Bank Pusat itu.

Hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, termasuk pinjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. – MalaysiaGazette