Honda Co. merancang untuk mengeluarkan kenderaan pemanduan sendiri

Honda. Co sedang berbincang dengan Waymo, sebuah unit daripada syarikat induk Google, Alphabet Inc. bagi satu perjanjian yang membolehkan pembuat kereta Jepun untuk memasuki era teknologi pemanduan sendiri.

Kedua-dua syarikat menekankan perbincangan pada tahap ini adalah mengenai penyelidiakan dan bukannya pengeluaran.

Sekiranya berjalan lancar, Honda akan menyediakan kenderaan yang akan diubah oleh Waymo untuk memandu sendiri dan kereta-kereta tersebut akan menyertai kenderaan Waymo sedia ada yang ketika ini sedang diuji di empat buah bandar di Amerika Syarikat.

Perbincangan dengan Honda menyaksikan Waymo, nama baharu dalam Projek Kereta Pemanduan Sendiri serius untuk bekerja dengan lebih banyak syarikat-syarikat kenderaan kerana ia sedang melakukan persiapan untuk dikomersialkan.

“Bagi syarikat-syarikat seperti Apple dan Google, lebih logik jika mereka membekalkan teknologi berbanding memasuki perniagaan kereta yang memerlukan modal yang banyak dan pelbagai peraturan.

Lebih baik membekalkan teknologi kepada syarikat yang membuat kereta,” kata penganalisis di Cox Automotive Autotrader.com.

Waymo sudah mempunyai perjanjian dengan Fiat Chrysler Automobile NV yang telah membangunkan 100 minivan hibrid plug in yang dilengkapi dengan komputer, alat pengesan, telematik dan sistem-sistem lain pada kenderaan Chrysler Pacifica

General Motors  Co dan Form Motors Co cuba memeterai perjanjian dengan Google bagaimanapun tidak dapat dimeterai.- Bloomberg.

General Motors  Co dan Form Motors Co cuba memeterai perjanjian dengan Google bagaimanapun tidak dapat dimeterai.- Bloomberg