Sam Allardyce

Bekas Pengurus England, Sam Allardyce dilantik sebagai pengurus baharu Crystal Palace berkuatkuasa semalam.

Allardyce dijangka memulakan tugasnya pada perlawanan menentang Watford.

Pada petang Jumaat, Allardyce tiba di London untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Palace, Steve Parish.

Allardyce mahu memastikan penyokong kelab itu ceria menjelang perlawanan berdepan Watford.

“Saya harap boleh memberi nafas baharu dan keriangan semula kepada kelab dan penyokongnya khususnya pada Krismas dan Tahun Baru,” katanya.

Pelantikan Allardyce menyusul selepas bekas Alan Pardew dipecat berikutan lapan kekalahan dalam 10 perlawanan liga musim ini dan menduduki tangga ke-17 iaitu dalam zon penyingkiran.

Allardyce, 62, telah bersetuju kontrak selama dua setengah tahun sehingga 2019.

Tiga bulan lalu, Allardyce dipecat sebagai pengurus England dan FA masih menunggu untuk mengendalikan siasatan terhadap disiplin Allardyce semasa mengemudi pasukan kebangsaan England. – Agensi