ISTANBUL – Seramai 39 maut selepas seorang lelaki melepaskan tembakan di kelab malam Reina kira-kira 1.30 malam waktu Turki, semasa pengunjung menyambut tahun baru.
Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu berkata, pihak keselamatan sedang memburu penyerang, yang dipercayai bertindak seorang diri.
Setakat ini, 69 orang sedang dirawat di hospital dengan empat mangsa dalam keadaan parah.
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, penyerang cuba mencetuskan huru-hara dan memberi jaminan akan menentang keganasan habis-habisan.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan saspek memakai baju kot hitam di luar kelab.
Tetapi Soylu berkata, penyerang memakai baju berbeza di dalam kot tersebut.
Kelab malam Reina terletak di Ortakoy adalah kelab eksklusif.
Gabenor Istanbul, Vasip Sahin berkata, penyerang membunuh seorang polis dan orang awam sebelum memasuki kelab dan melepaskan tembakan.
Kira-kira ada 700 orang pengunjung ketika tembakan berlaku. – MalaysiaGazette