Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Tengku Mahkota Johor (TMJ) hari ini mempertikaikan kononnya wang dari Pelaburan MARA dan UniKL diambil bagi menaja pasukan The Red Warrior.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Facebook JOHOR Souther Tigers mendakwa seorang Tan Sri yang menerajui MARA sanggup menjadikan kedua-dua agensi sebagai mangsa yang dipaksa menyalurkan wang kepada pasukan bola sepak Kelantan.

Walaupun tidak menyebut nama penuh Tan Sri terbabit namun ramai merujuknya kepada Tan Sri Annuar Musa.

“Tidak cukup dengan Pelaburan MARA yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu.

“Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat,” titah baginda lagi.-MalaysiaGazette