KUALA LUMPUR – Lembaga Pengarah Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) hari ini menjelaskan bahawa tidak ada perbincangan untuk menjadikan FGV sebagai syarikat persendirian.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, FGV berkata pengumuman itu dibuat selepas membuat beberapa pertanyaan dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang merupakan pemegang saham utama.

“FGV dimaklumkan tidak ada perbincangan mengenai urusan itu di peringkat lembaga pengarah. FGV juga tidak menerima sebarang cadangan daripada pemegang saham yang lain mengenai perkara yang sama,” katanya.

Syarikat perladangan itu berkata jika ada sebarang perkembangan atau maklumat penting mengenainya, FGV akan menbuat pengumuman sewajarnya.

Pada rehat tengah hari, saham FGV tidak berubah pada RM1.76.

— BERNAMA