Home Dunia Hakim siasat kes Petrobras maut dalam nahas pesawat

Hakim siasat kes Petrobras maut dalam nahas pesawat

Teori Zavascki

RIO de JANEIRO – Seorang Hakim Mahkamah Agung Brazil maut dalam nahas pesawat di laut berhampiran Paraty, kira-kira 250 kilometer di selatan Rio de Janeiro.

Dua tubuh manusia yang lain turut ditemui di lokasi kejadian.

Teori Zavascki, 68, adalah hakim yang terlibat menyelia siasatan rasuah besar-besaran dalam syarikat minyak Brazil, Petrobras.

Skandal rasuah dalam Petrobas telah menggegarkan Brazil sehingga membawa kepada pemecatan Presiden Dilma Rousseff pada bulan September tahun lalu.

Pendakwa raya berkata, dalam kes rasuah itu telah berlaku pemberian kontrak lumayan kepada syarikat-syarikat swasta yang mengenakan caj berlebihan kepada Petrobras.

Berpuluh-puluh ahli-ahli politik telah ditahan dalam Operasi ‘Car Wash’- termasuk bekas Presiden, Luiz Inacio Lula da Silva sejak dua tahun lalu.

Presiden Michel Temer telah mengumumkan tiga hari berkabung berikutan kematian  Zavascki.

Siasatan skandal Petrobras mendapat lebih kredibiliti apabila Zavascki dilantik untuk menyelia kes itu di Mahkamah Agung. – MalaysiaGazette