Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menandatangani perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

KUALA LUMPUR – “Usaha kita di dalam Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bukan sia-sia,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Jelasnya, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad telah bekerja keras selama bertahun-tahun untuk menyakinkan ahli perniagaan tempatan dan pihak berkepentingan mengenai betapa mustahaknya pakatan tersebut kepada Malaysia.

Bagaimanapun, Malaysia tidak berputus asa dengan tindakan Presiden Donald Trump yang membatalkan pakatan tersebut sebaliknya akan menumpukan usaha kepada mengukuhkan ikatan dengan negara-negara Asia yang lain.

Namun menurut Abdul Rahman, Amerika Syarikat tetap memainkan peranan besar dalam pertumbuhan negara kerana ianya sebuah ekonomi utama.

Ketika ditanya mengenai pendekatan “kurang mesra” Trump terhadap negara-negara luar, Abdul Rahman berpendapat, ianya hanya eksklusif kepada China sahaja.

” Saya tidak merasakan Trump begitu. Tiada kenyataan -kenyataan kurang mesra negara luar yang dikeluarkan oleh Trump kecuali mengenai China.

“Itupun hanya melibatkan ekonomi dengar China, bukannya hubungan politik,” jelasnya. -MalaysiaGazette