Loji Fukushima, Jepun

TOKYO – Rancangan untuk memindahkan tangki minyak nuklear daripada loji nuklear Fukushima yang terjejas selepas kawasan itu dilanda tsunami ditangguhkan semula disebabkan persediaan yang belum lengkap.

Nikkei melaporkan, pemindahan tangki daripada reaktor nombor tiga itu dijadualkan semula pada separuh pertama fiskal 2015 dan kemudian disemak semula pada fiskal 2017 disebabkan paras radio aktif yang tinggi di sekitar kemudahan-kemudahan itu.

Tarikh pemindahan itu kini ditetapkan seawal-awalnya pada fiskal 2018.

Tempoh masa itu berubah lagi dan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangkakan untuk membersihkan serpihan hama bangunan.

Laporan itu dibuat selepas beberapa bulan kerajaan Jepun memaklumkan kos membersihkan loji Fukushima boleh meningkat kepada berbilion dolar setahun, sambil menambah ia akan menyebabkan pemisahan perniagaan nuklear dan utiliti. – MalaysiaGazette