Home Dunia Beijing larang bakar bunga api, mercun pada sambutan Tahun Baru

Beijing larang bakar bunga api, mercun pada sambutan Tahun Baru

Jumlah kedai yang dibenarkan menjual bunga api dikurangkan di Beijing. Foto Agensi

BEIJING – Penduduk Beijing dilarang sama sekali membakar mercun atau bunga api pada sambutan Tahun Baru Cina bagi mengelakkan jerebu.

Cuti perayaan Tahun Baru Cina yang bermula pada hari ini di China, lazimnya dimeriahkan dengan aktiviti pembakaran mercun dan bunga api – dianggap bertuah kerana menakutkan roh jahat.

Aktiviti ini selalunya menyebabkan ruang udara berasap selama beberapa jam.

Bagaimanapun, sejak kebimbangan awam tentang pencemaran udara, Beijing berusaha mengehadkan memperagakan kesenian dengan menggunakan bunga api.

Dalam satu kenyataan, kerajaan Beijing berkata: ” Kita mesti menjadi pemimpin untuk tidak menggunakan bunga api atau mercun”.

“Kerajaan bandar Beijing telah memberitahu pegawai-pegawai untuk memimpin melalui teladan dan tidak membakar bunga api atau mercun untuk menyambut Tahun Baru Cina pada hari Jumaat untuk membantu mencegah kabut, selepas bandar itu diselimuti kabut awal bulan ini,” katanya.

Cuti Tahun Baru Cina, yang bermula pada Malam Tahun Baru pada hari Jumaat, biasanya ditandai dengan memaparkan bunga api dan mercun yang tidak terkira banyaknya, dianggap membawa tuah dan menakutkan roh jahat.

Bunga api hitamkan langit dengan asap selama berjam-jam.

“Kita harus mempunyai kesedaran perlindungan alam sekitar dan rasa tanggungjawab,” katanya.

Kerajaan bandar itu sudah pun mengehadkan penjualan bunga api dengan hanya 511 buah kedai diluluskan kebenaran penjualan bunga api berbanding 719 pada tahun lalu.

Dan, tidak ada satu permohonan dari tengah-tengah Beijing diluluskan.

Jualan bunga api di bahagian-bahagian lain di China dikurangkan. – MalaysiaGazette