Home Dunia Semua manusia diberi keupayaan – Muftah

Semua manusia diberi keupayaan – Muftah

Muftah diiringi pengawal keselamatan sepanjang menunaikan umrah di Mekah.

MEKAH  – Luar biasa. Itulah yang digambarkan kepada semangat dan keupayaan kepada remaja lelaki kurang upaya yang berjaya melaksanakan ibadah umrah dengan berjalan menggunakan tangan baru-baru ini.

“Saya bersyukur kerana dapat berkhidmat kepada agama saya, negara dan keluarga sambil menyebarkan aura positif kepada semua.

“Saya mahu menunjukkan bahawa semua manusia mempunyai keupayaan untuk memberi, tidak kira apa pun keadaan mereka,” katanya Khaleej Times.

Ghanim al-Muftah, 14, dari Qatar dilahirkan dengan Caudal Regression Syndrome, menyebabkan pertumbuhan tulang belakangnya lebih rendah.

Oleh itu dia mempunyai bahagian badan yang lebih rendah.

Meskipun kekurangan itu, beliau melaksanakan ibadah haji di Mekah tanpa kerusi roda.

Beliau berjalan menggunakan tangannya ketika mengelilingi Kaabah tetapi beliau dipegang ketika mencium Hajar Aswad.

Muftah yang aktif di media sosial juga sempat bertemu dengan Imam Besar MasjilHaram Sheikh Maher Al-Muaiqly.

Remaja bertuah itu dan keluarganya menerima jemputan itu daripada Putera Sultan bin Salman dan sepanjang mengerjakan umrah, Muftah diiringi oleh pasukan keselamatan. – MalaysiaGazette