Gambar hiasan

IPOH – Hujan berturut-turut selama tiga hari di Cameron Highlands telah menyebabkan bekalan sayur menurun dan harga makanan itu telah melonjak sebanyak 10 peratus.

Dengan banjir yang berlaku di selatan Semenanjung, keadaan itu hanya akan mengeruhkan keadaan harga sayur.

Di Sengkang Batu 19 di Tangkak, Johor, sebanyak 150 ekar kebun sayur telah digenangi air dan menyebabkan kerugian lebih sejuta ringgit.

China Press melaporkan, harga runcit tomato telah meningkat daripada RM2 sekilogram kepada RM3 manakala sayuran lain seperti kubis yang popular dalam Tahun Baharu Cina turut menunjukkan trend sama.

Pengguna bagaimanapun tidak perlu bimbang dengan kenaikan harga melampau kerana sayuran yang biasa digunakan dalam sambutan Tahun Baharu Cina telah dijadikan barang kawalan.

“Selatan Semenanjung merupakan destinasi utama sayur-sayuran Malaysia dengan lebih 400 tan sayur dihantar ke selatan setiap hari,” kata wakil Persatuan Petani Cameron Highlands, Zhong Nan Feng.