MANCHESTER – Manchester United melepaskan peluang untuk merapatkan mata dengan empat pasukan teratas apabila sekadar seri 0-0 dengan Hull City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, awal pagi tadi.

Sebaliknya, keputusan itu memboleh pasukan pelawat berjaya keluar tangga tercorot mengatasi Sunderland apabila berada di kedudukan ke-19.

Selepas membelasah Wigan 4-0 dalam saingan Piala FA Inggeris, United dilihat tidak bernafsu di bahagian serangan dan tidak mengancam kubu Hull pada separuh masa pertama.

Penjaga gol, Eldin Jakupovic menjadi wira Hull apabila berjaya menafikan percubaan Paul Pogba dan Juan Mata ketika United mula terdesak mencari kemenangan.

Wayne Rooney yang masuk menggantikan Michael Carrick juga gagal menyuntik kreativiti di bahagian tengah.

Hull juga memilii beberapa peluang untuk menggegar gawang United ketika perlawanan hampir menutup tirainya.

Percubaan pertama menerusi Lazar Markovic terkena palang sebelum hantaran Abel Hernandez berjaya diselamatkan David de Gea.

Keputusan seri itu menyebabkan United ketinggalan empat mata di belakang empat pasukan teratas liga. – MalaysiaGazette