LIBREVILLE – Penjaga gol veteran, Essam El Hadary menjadi wira Mesir apabila menyelamat sepakan penalti terakhir untuk membawa pasukan ke perlawana akhir Piala Negara-Negara Afrika.

Pada perlawanan pagi tadi, Mesir berjaya menafikan impian besarBurkina Faso apabila menang dengan keputusan 5-4.

Kemenangan menyaksikan Mesir akan beraksi dalam perlawanan akhir kesembilan kejohanan itu.

Mesir membuka jaringan pada babak kedua apabila Mohamed Salah pada minit ke-66 sebelum Burkina Faso menyamakan kedudukan menerusi Aristide Bance tujuh minit kemudian.

Kedua-dua pasukan terus mengamalkan corak berhati-hati sekaligus membawa permainan ke masa tambahan.

Namun sepak penalti terakhir oleh penjaga gol Burkina Faso Kouakou Koffi gagal disempurna yang menyaksikan pemain yang muda itu menangis kekecewaan. – MalaysiaGazette