Rizab Persekutuan, Amerika Syarikat. Foto Reuters

WASHINGTON – Rizab Persekutuan mengekalkan kadar faedah dalam lingkungan 0.50 peratus hingga 0.75 peratus dalam mesyuarat pertama pemerintahan Presiden Donald Trump.

Namun, ia memberi amaran bahawa ekonomi Amerika Syarikat (AS) berada pada landasan yang betul untuk mengetatkan kawalan monetari pada tahun ini.

Bank Pusat AS berkata, peluang pekerjaan negara itu kekal baik, inflasi meningkat dan keyakinan terhadap ekonomi bertambah.

Bagaimanapun, Rizab Persekutuan tidak memberi sebarang isyarat bila kenaikan kadar faedah seterusnya akan dinaikkan.

Pembuat-pembuat polisi Rizab Persekutuan masih menunggu dasar-dasar ekonomi baru Trump untuk melihat kesan terhadap ekonomi.

Rizab Persekutuan diunjur meningkatkan sebanyak tiga kali pada tahun ini, selepas kenaikan dua selepas sedekad pada Disember lalu.

Rizab Persekutuan dijadual mempunyai tujuh kali mesyuarat polisi pada tahun ini dengan pertemuan selepas ini pada 14 hingga 15 Mac. – MalaysiaGazette