Home Dunia Eropah catu sayur-sayuran

Eropah catu sayur-sayuran

Banjir dan cuaca sejuk menyebabkan bekalan pelbagai salad terjejas di Eropah. Gambar hiasan

LONDON – Pasar-pasar raya mengadakan catuan bagi pembelian sayur-sayuran selepas cuaca buruk menjejaskan tanaman di seluruh Eropah.

Antara sayur-sayuran yang dicatu itu  salad, brokoli, labu, terung dan courgettes (sejenis labu kecil) berikutan mengalami kekurangan bekalan.

Beberapa jenis salad seperti romaine juga kehabisan stok.

Sementara Tesco dan Morrisons pula mengehadkan jualan salad kepada tiga paket bagi setiap pelanggan disebabkan cuaca buruk berterusan di Sepanyol.

Kebanyakan sayur-sayuran yang dihantar ke United Kingdom datang dari bandar Murcia, Sepanyol.

Bagaimanapun, banjir besar dan musim sejuk melampau telah menjejaskan hasil ladang.

Harga sayur-sayuran dijangka meningkat jika cuaca tidak pulih dan pengamal makanan sihat sudah pun merungut mengenai kenaikan harga salad tiga kali ganda sejak beberapa minggu lalu.

Kekurangan bekalan itu menyebabkan beberapa pasar raya mula mendapatkan bekalan daripada ladang-ladang di Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette