Pesawat F-35

WASHINGTON – Jet pejuang stealth, F-35 yang merupakan pesawat pejuang paling malah, akan dihasilkan pada kos yang lebih rendah, kata Lockheed Martin dan Pentagon.

Kedua-dua pihak mengumumkan penjimatan sebanyak AS$728 juta selepas Presiden Amerika syarikat AS), Donald Trump secara terang-terangan mempersoalkan Lockheed terhadap kos ‘tidak terkawal’ walaupun kebanyakan penjimatan telah dirancang lebih awal sebelum pembabitan beliau, semasa rundingan kontrak yang memakan masa selama berbulan-bulan.

Penghasilan 90 pesawat F-35 akan menyaksikan pesawat versi Tentera Udara, F-35A, pada kos AS$94.6 juta sebuah, pengurangan kos sebanyak 7.3 peratus daripada penghasilan awal, menurunkan kosnya kurang daripada AS$100 juta untuk pertama kali.

“Pembabitan Presiden Trump secara peribadi dalam program F-35 telah mempercepatkan rundingan dan mempertajamkan fokus kami dalam menurunkan harganya,” kata Lockheed dalam satu kenyataan.

“Perjanjian tersebut dicapai dalam masa beberapa minggu dan mewakili penjimatan yang signifikan terhadap kontrak sebelumnya,”.

Dengan kemajuan dan harga terkini, 2,443 pesawat F-35 bernilai AS$379 bilion- kebanyakannya untuk Tentera Udara – menjadikannya pesawat paling mahal dalam sejarah.

Kos servis dan penyelenggaraan F-35 diimbangi dengan jangka hayat sehingga tahun 2070, secara keseluruhan kos program tersebut dijangka meningkat kepada AS$1.5 trilion.

Ketua Program F-35 Pantagon, Leftanen Jeneral, Chris Bogdan berkata, perjanjian tersebut adalah ‘urus niaga yang baik dan adil untuk pembayar cukai, kerajaan AS, rakan sekutu dan industri’.

Penghasilan pesawat F-35 juga terdapat dalam versi Marine Corp. dan Tentera Laut.

Model Marine, F-35B, akan dihasilkan pada harga AS$122.8 juta, pengurangan 6.7 peratus.

Model Tentera Laut, F-35-C akan dibina pada kos AS$121.8 juta, pengurangan 7.9 peratus.

Lockheed berkata, perjanjian itu akan mewujudkan 1,800 peluang pekerjaan baharu di kilangnya di Fort Worth, Texas.

Pada kebiasaan, trend kos pengeluaran menurun apabila terdapat tempahan dalam jumlah yang besar selain daripada faktor-faktor lain.

Pesawat F-35 dilengkapi dengan teknologi stealth yang dapat mengelak daripada dikesan radar, berkelajuan supersonik, keupayaan sokongan udara selain mempunyai pelbagai sensor yang membolehkan juruterbangnya mengakses maklumat.

Bagaimanapun program tersebut menghadapi pelbagai rintangan, termasuk kebakaran enjin pada 2014 yang menyaksikan operasinya digantung sehingga masalah itu diselesaikan. – AFP