Home Dunia Pusat beli-belah terbakar, 4 mati

Pusat beli-belah terbakar, 4 mati

Kebakaran pusat beli-belah Metapolis yang terletak di Dongstan, Seoul. Foto Agensi

SEOUL – Empat terbunuh dan lebih 40 orang cedera apabila sebuah pusat beli-belah terbakar.

Polis mensyaki kebakaran bermula daripada kerja-kerja kimpalan di kawasan permainan kanak-kanak di pusat beli-belah Metapolis di Dongstan.

Dua yang mati ialah pekerja pembinaan dan dua lagi kakitangan pusat beli-belah itu.

Sebanyak 47 orang lagi mengadu terhidu asap.

Tempat permainan kanak-kanak itu ditutup semasa kebakaran berlaku. – MalaysiaGazette