Kakitangan kedai pakaian Bintang Fashion, Adilla Syukri (dua dari kanan) membantu orang gelandangan, Rubiah Abdullah ketika membeli belah kelengkapan Hari Raya Aidilfitri disebuah kedai di Tesco Ampang. foto SAFWAN MANSOR, 05 JUL 2016

KUALA LUMPUR- Penurunan pertumbuhan pinjaman isi rumah pada tahun 2016 merupakan petunjuk positif kepada aset kualiti bank-bank tempatan.

Moody’s Investors Service berkata, data daripada Bank Negara menunjukkan perubahan positif kepada kualiti pinjaman isi rumah di Malaysia.

“Pada 2016, pertumbuhan pinjaman isi rumah dipacu oleh pinjaman perumahan yang lebih selamat terutamanya pinjaman yang disokong oleh cagaran hartanah sementara pertumbuhan daripada pinjaman berisiko kekal lemah.

“Tambahan pula, penurunan pertumbuhan pinjaman isi rumah akan membantu menstabilkan situasi pinjaman isi rumah yang tinggi di Malaysia yang mana merupakan antara yang tertinggi di Asia.

“Kami menjangkakan hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun 2016 akan sederhana daripada 89 peratus yang direkodkan pada akhir tahun 2015,” kata Naib Presiden dan Penganalisis Kanan Moody’s, Simon Chen dalam satu kenyataan.

Menurut Simon, dalam kalangan bank-bank Malaysia yang dinilai oleh Moody’s seperti (A3 stabil, a3) dan Hong Leong Bank Bhd. (A3 stabil, baa1), bank yang mempunyai dedahan paling besar terhadap sektor isi rumah akan mendapat lebih banyak manfaat daripada profil isi rumah yang lebih luas.-MalaysiaGazette