Zakaria Arshad

KUALA LUMPUR – Datuk Zakaria Arshad membayangkan Felda Global Ventures Berhad (FGV) akan mengumumkan berita gembira bagi prestasi suku keempat pada 22 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif FGV itu berkata, senario buruk yang melanda FGV telah berakhir.

“Kami berharap tahun 2017 tahun yang baik buat kami.

“FGV mempelajari banyak perkara dan berusaha membaiki kelemahan.

“Mungkin pada 22 Februari ini anda akan menulis berita yang baik buat FGV,” katanya dalam majlis sambutan Tahun Baru Cina bersama media di sini malam ini.

FGV mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM70.35 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2016, berbanding keuntungan sebelum cukai sebanyak RM72.88 juta pada tempoh yang sama 2015.

Bagaimanapun FGV merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM108 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2016.

Syarikat itu kemudian berjaya mengurangkan kerugian sebelum cukai kepada RM23.23 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2016. – MalaysiaGazette