Home Ekonomi KPF lupus lagi saham FGV

KPF lupus lagi saham FGV

KUALA LUMPUR – Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd (KPF) terus melupuskan pegangan sahamnya dalam Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

Yang terbaru, koperasi itu melupuskan 3.772 juta saham pada Isnin lalu.

Dengan penjualan itu, pegangan saham KPF dalam FGV kini adalah 5.523 peratus, menurut makluman kepada Bursa Malaysia.

Sebelum ini, KPF menjual 1.5 juta saham pada 27 Januari dan 5 juta saham pada 2 Februari lalu.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad berkata, beliau dimaklumkan penjualan saham syarikat perladangan oleh KPF dibuat atas keputusan pelaburan syarikat.

Dalam makluman berasingan, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) pula membeli sejumlah  273,500 saham FGV pada 27 Januari lalu. – MalaysiaGazette