Anak Allahyarham Tan Sri Adenan Satem, Azizul menenangkan salah seorang penduduk di Tanjung Datu, Sarawak.

KUCHING- Empat anak allahyarham Tan Sri Adenan Satem turut berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu untuk memberi sokongan demi meneruskan semangat perjuangan ayah mereka.

Kehadiran mereka pada majlis pelancaran manifesto Barisan Nasional (BN) bagi PRK berkenaan malam tadi mencuri tumpuan tetamu yang hadir.

Mereka terdiri daripada Abdul Aziz, Siti Rafidah, Hayatie Hamidah dan Azizul Annuar yang turut sama berkempen untuk ibu mereka yang juga calon BN Datuk Amar Jamilah Anu.

Selain faktor balu mempertahankan kerusi milik arwah suaminya, apa yang berlaku di PRK DUN Tanjung Datu juga mengingatkan kita kepada kempen semasa PRK Parlimen Kuala Kangsar.

Anak-anak calon Barisan Nasional, Datin Mastura Abdul Yazid, Wan Emir Astar (dua kiri), bersama adik-adiknya Wan Imar Izzat (kanan), Wan Iskandar (dua kanan) dan Wan Muhammad Ammar (kiri) menunjukkan gambar terakhir Allahyarham Zainul Fuad Zahar anggota RELA sebelum meninggal di tempat kejadian akibat kemalangan jalanraya semalam di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM, 13 JUN 2016
Anak-anak calon Barisan Nasional, Datin Mastura Abdul Yazid, Wan Emir Astar (dua kiri), bersama adik-adiknya Wan Imar Izzat (kanan), Wan Iskandar (dua kanan) dan Wan Muhammad Ammar (kiri).

Semasa kempen PRK Kuala Kangsar, empat anak arwah suami Datin Mastura Yazid juga turun padang berkempen memandang ibu mereka masih dalam edah selepas meninggalnya bapa mereka, Allahyarham Datuk Khair-il Wan Ahmad.