David De Gea

MADRID – Real Madrid terus memburu David de Gea apabila dikatakan bakal membuat bidaan €65 juta ke atas penjaga gol itu sekali lagi pada musim panas ini.

Laporan Marca mengatakan pengurus Jose Mourinho akan cuba sedaya upaya untuk mengekalkan De Gea di Manchester United .

Namun difahamkan pengurus Real, Zinedine Zidane tidak bersetuju dengan cadangan pengerusi kelab Florentino Perez untuk mendapatkan De Gea pada perpindahan musim panas ini.

Sebaliknya, Zidane mahukan Hugo Lloris berbanding De Gea selain Thibaut Cortouis.

Sementara itu ketika ditanya wartawan media sukan Sepanyol berkenaan perpindahan ke Real Madrid pada musim panas ini, de Gea enggan mengulasnya.

“Madrid? Saya tidak akan bercakap mengenainya. Saya tidak bercakap lagi berkenaan subjek tersebut. Sekarang saya perlu terus fokus dengan kelab saya.” – MalaysiaGazette