Arsene Wenger dikatakan bakal meninggalkan Arsenal akhir musim ini.Foto: The Sun

ENGLAND – Lagenda Arsenal, Ian Wright memberi bayangan yang Pengurus The Gunners, Arsene Wenger akan meninggalkan Emirates akhir musim Liga Perdana Inggeris (EPL) ini.

Bercakap dalam temubual langsung kepada BBC 5 Live 24 Hours, beliau telah meluangkan masa bersama Wenger pada petang Khamis lalu.

Semasa itu, Wright mendedahkan Wenger memberi reaksi dia sedang menghampiri pintu keluar selepas menerajui kelab itu lebih 23 tahun.

“Saya bersama Wenger malam tadi dan menerima reaksi yang saya memikirkan tiba masanya (Wenger akan berundur).

“Saya percaya (dia akan meninggalkan Emirates kali ini), walaupun dia tidak bercakap apa apa tentang bersara di Emirates Stadium.

“Saya dapat merasakannya ketika melihat wajah Wenger, lagi pun dia sempat berkata, ‘tiba ke pengakhiran”. Itu sahaja,” katanya.

Para penyokong setia Arsenal kecewa selepas Arsenal dibelasah 3-1 oleh pendahulu Liga Chelsea baru-baru ini.

Ia menyebabkan Wenger menyeru para peminat sipaya bersatu meneruskan sokongan terhadap kelab itu.

“Kami akan fokus kepada perlawanan seterusnya dan berharap penyokong terus bersatu dalam menyatakan sokongan kepada pasukan,” ujar Wenger. – MalaysiaGazette