Home Ekonomi Lebihan bekalan minyak kekal, harga Brent susut

Lebihan bekalan minyak kekal, harga Brent susut

SINGAPURA – Harga minyak dunia jatuh berikutan tanda-tanda pasaran minyak global kekal tinggi walaupun pengurangan pengeluaran yang diterajui OPEC berjaya daripada yang dijangkakan.

Niaga hadapan Brent pada $56.55 setong pada 0035 GMT, turun AS$0.15 berbanding harga penutup.

Manakala niaga hadapan harga West Texas Intermediate (WTI)  turun AS$0.12 sen kepada AS$53.74 setong.

Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar lain termasuk Rusia bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari pada separuh pertama 2017 dalam usaha untuk mengekang lebihan bekalan bahan api global.

“Peniaga penuh minat menunggu laporan bulan OPEC hari ini. Jika pemotongan pengeluaran yang datang berlaku  seperti yang dicadangkan, kita akan melihat harga minyak lebih tinggi,” kata ANZ Bank.

Manakala peniaga berkata, harga minyak mentah disokong lebih baik pada harga rendah hingga pertengahan AS$50 setong disebabkan sekatan pengeluaran, kecuali pengeluaran dikurangkan untuk tempoh yang lebih lama.

Di Amerika Syarikat, aktiviti penggerudian dilaporkan meningkat, sekali gus melemahkan usaha OPEC untuk mengurangkan lebihan bekalan dalam pasaran.

Sebanyak lapan medan gerudi ditambah pada minggu yang berakhir 10 Februari – menjadikan jumlah kepada 591 – angka tertinggi sejak Oktober 2015, kata Baker Hughers.

Pada masa yang sama tahun lalu, harga minyak dunia adalah sekitar AS$3o setong, ketika hanya 439 medan gerudi yang aktif.

Dengan perkembangan semasa, para penganalisis berkata, OPEC perlu melanjutkan pengurangan pengeluaran lebih lama daripada yang disasarkan pada separuh pertama 2017. – MalaysiaGazette