KUALA LUMPUR – Jumlah penyertaan tenaga buruh pada Disember 2016 susut kepada 14.788 juta berbanding 14.827 juta pada bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan kadar penyertaan tenaga buruh tahun lepas turun 0.3 mata peratus berbanding Disember 2015.

Kadar pengangguran pada bulan Disember 2016 naik sebanyak 0.1 peratus berbanding November tahun yang sama.

Manakala perbandingan tahun ke tahun, kadar pengangguran lebih tinggi 0.1 mata peratus berbanding Disember 2015.

Berdasarkan pelarasan musim bulan ke bulan, kadar pengangguran pada Disember 2016 adalah 3.5 peratus, turun 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya.

Menurut Jabatan Perangkaan, seramai 32.4 peratus daripada penduduk umur bekerja (15 hingga 64 tahun) berada di luar tenaga buruh iaitu suri rumah, pelajar, pesara, tidak berkeupayaan dan tidak minat untuk bekerja.- MalaysiaGazette