Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Seramai 22 pemilik rangkaian sosial, laman web dan blog telah didakwa di mahkamah kerana menyalahgunakan medium tersebut untuk pelbagai tujuan sejak tahun 2010 hingga Mac tahun lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sehingga bulan yang sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menyiasat 32 kes penyalahgunaan internet dan media baharu di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, walaupun penggunaan media sosial mempunyai banyak manfaat, terdapat segelintir pemilik akaun yang menyalahgunakannya.

“Statistik menunjukkan bahawa sejak awal tahun 2013 sehingga Disember 2015, sebanyak 50 kes telah dibawa yang melibatkan hasutan dan komen yang memudaratkan.

“Sememangnya setakat ini tiada ada wartawan atau pengamal media yang pernah di ambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan.

“Namun pengamal media harus sentiasa berwaspada dan mengelakkan daripada menerbitkan apa-apa tulisan yang mempunyai kecenderungan menghasut yang boleh menggugat keharmonian yang dinikmati negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran buku Memoir Wartawan Ahmad Idris (ABI): Dari Geylang Serai ke Utusan Melayu di sini hari ini.

Pada majlis anjuran Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) itu, Ahmad Zahid yang juga penasihat kelab tersebut turut menyumbang dana berjumlah RM100,000 untuk disalurkan kepada KVUM bagi membantu ahli-ahli kelab yang ditimpa sebarang musibah termasuk kematian.

Sementara itu, buku nukilan Allahyarham Ahmad tersebut mengisahkan perjalanan hidup beliau sejak kecil sehingga beliau memegang jawatan berkenaan Pengarang Mingguan Malaysia.
Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan ABI terkenal sebagai kolumnis ‘Desas Desus’ yang begitu popular di akhbar berkenaan sekitar 1980-an hingga 1990-an.

Pada majlis anjuran Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM) itu, Ahmad Zahid yang juga penasihat kelab tersebut turut menyumbang dana berjumlah RM100,000 untuk disalurkan kepada KVUM bagi membantu ahli-ahli kelab yang ditimpa sebarang musibah termasuk kematian.
Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas dan Presiden KVUM, Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail. – MalaysiaGazette