KUALA LUMPUR – Semalam, buku 99 Kata-Kata #Qalifmoden tulisan pelakon Fattah Amin menjadi tular di media sosial gara-gara kisah dalam bukunya itu yang menjadi perdebatan.

Memburukkan keadaan, pelbagai ‘trolls’ mengenai isi kandungan bukunya dibuat oleh netizen yang berbentuk sindiran dan juga gurauan.

Hari ini, Fattah Amin menerusi akaun Instagramnya tampil mempertahankan dirinya dengan meluahkan perasaannya terhadap ‘serangan-serangan’ netizan.

“Salam semua… pertamanya saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan yang amat dahsyat dari anda semua. Kecoh satu Malaysia sekejap pasal buku saya ni.

“Sejujurnya, buku ‘collective item’ atau ‘merchandise’ saya ini diterbitkan untuk berkongsi kata-kata positif, nasihat dan impian saya untuk menjadi insan yang berguna serta menjadi inspirasi kepada semua,” katanya.

Pada masa sama, Fattah turut berpesan kepada peminatnya agar terus cuba untuk merealisasikan setiap impian biarpun ia hanyalah kecil.

“Setiap kejayaan bermula dengan sebuah impian.. Teruskan #doayangbaikbaik “and be kind to others”, Insya-ALLAH ALLAH SWT akan mempermudahkan urusan dan perjalanan hidup kita,” katanya.

Semoga Fattah tidak cepat melatah dengan setiap komen yang diberikan kepadanya.

Malah, peminat Fattah terus memberikan kata-kata semangat untuknya agar pelakon kesayangan mereka itu akan terus sukses dalam bidang seni ini. – MalaysiaGazette