Home Ekonomi Sistem perbankan tempatan miliki modal tunai kukuh – ABM

Sistem perbankan tempatan miliki modal tunai kukuh – ABM

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kecairan dalam sistem perbankan Malaysia kekal kukuh, menurut Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM).

Dalam satu kenyataan hari ini, ABM berkata, nisbah perlindungan kecairan Basel III sektor perbankan (LCR) berjumlah 125 peratus pada akhir bulan Disember 2016.

Manakala nisbah pinjaman kepada deposit juga kukuh pada 89.8 peratus dengan tahap pinjaman terjejas bersih kekal pada 1.2 peratus daripada pinjaman bersih dan nisbah perlindungan kerugian pinjaman pada 90.2 peratus.

Malah, katanya, komersial bank sentiasa aktif dalam perniagaan pinjaman dan perniagaan akan terus mendapat pembiayaan.

ABM menasihati perniagaan yang berhadapan dengan cabaran untuk mendapatkan pembiayaan berbincang dengan pembiaya apabila membuat kesesuaian dan kemampuan penilaian bagi permohonan mereka.

Bagi bulan Disember, pinjaman perniagaan terkumpul dalam sistem perbankan telah berkembang sebanyak 5.0 peratus dari tahun ke tahun dengan pertumbuhan dipacu oleh pengembangan tahunan pinjaman dalam kebanyakan sektor utama.

Untuk isi rumah, pinjaman terkumpul sistem perbankan meningkat sebanyak 5.3 peratus pada bulan Disember, selari dengan jangkaan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar pada tahun ini.

Katanya, bank-bank telah menyokong pertumbuhan negara dengan melanjutkan kemudahan kredit kepada perniagaan dan isi rumah serta akan meneruskan usaha selari dengan tahap aktiviti ekonomi. – MalaysiaGazette