Home Nasional Seramai 46,461 calon UPKK 2016 dapat 8A

Seramai 46,461 calon UPKK 2016 dapat 8A

PUTRAJAYA – Seramai 46,461 atau 23.9 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) pada tahun lalu mencatat keputusan 8A.

Sebanyak 197,623 calon UPKK mengambil lapan mata pelajaran iaitu Amali Solat, Penghayatan Cara Hidup Islam,  al-Quran, Ulum Syariah (Akidah dan Ibadah), Jawi dan Khat, Sirah; Adab (Akhlak Islamiah) dan Bahasa Arab..

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, keputusan itu menyaksikan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding tahun sebelumnya serta mengekalkan kelulusan 100 peratus bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Menurut beliau, mata pelajaran Amali Solat dan Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI) mencatat kadar lulus tertinggi iaitu 99.9 peratus diikuti mata pelajaran al-Quran yang mencatat 99.6 peratus kelulusan.

Jawi dan Khat mencatat kelulusan (94.23 peratus), Lughatul Quran (91.83 peratus) dan Adab (Akhlak Islamiah) (90.48 peratus).

Keputusan UPKK 2016 itu boleh disemak secara atas talian dan SMS bermula jam 11 pagi ini serta di sekolah bermula jam 3 petang ini. – MalaysiaGazette