KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kabinet untuk menyiasat kerugian pertukaran asing yang berlaku lebih daripada 25 tahun yang lalu.

“BNM terus berusaha mengekalkan standard tertinggi penzahiran dan ketelusan dalam aktiviti yang dijalankan.

“BNM juga telah memperkukuh kedudukan kewangannya, tadbir urus dan kebertanggungjawaban dengan ketara, terutamanya dari segi pengurusan rizab,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam persekitaran semasa yang mencabar dan tidak menentu ini, kita perlu terus memberikan tumpuan dan tidak terganggu dalam usaha kita memastikan bahawa ekonomi dan sistem kewangan kekal stabil dan berdaya saing untuk menyokong aktiviti ekonomi negara. – MalaysiaGazette