Antonio Conte menyambung kontrak bersama Chelsea di Stamford Bridge untuk kekal sehingga 2020. Foto; The Sun

Pengurus Chelsea, Antonio Conte menyambung kontraknya bersama the Blues sehingga tahun 2020.

Pasukan itu kini menduduki tangga teratas Liga Perda Inggeris dan dilihat berpeluang cerah menjulang piala pada akhir musim ini.

Akhbar Itali melaporkan pengurus itu memanjangkan kontrak selama tiga tahun yang ditandatanganinya pada awal musim ini.

Conte, 47, berhijrah ke Stamford Bridge musim lalu selepas Itali tersingkir daripada Euro 2016. – MalaysiaGazette