Edinho dihukum penjara 13 tahun selepas disabitkan kesalahan menggubal wang haram, menyeludup dadah di Brazil.Foto: the Sun

SANTOS – Anak lelaki legenda bola sepak Brazil, Edson Edinho Cholbi do Nascimento dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun.

Edinho disabitkan kesalahan menggubal wang haram dan didakwa terlibat dalam penyeludupan dadah.

Hakim mengarahkan hukuman ke atas Edson Cholbi dilaksanakan minggu ini selepas hukumannya dikurangkan dari 33 tahun.

Hukuman penjara 33 tahun diputuskan pada tahun 2014 semasa dihadapkan ke mahkamah di Santos.

Penjaga gol berusia 46 tahun itu bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri perbicaraan mahkamah di Santos.

“Saya sangat kecewa kerana saya didakwa menggubal wang haram, tetapi saya tidak melakukan kesalahan itu,” katanya.

Edinho didakwa berdasarkan bukti perbualan telefon tetapi menegaskan akan berjuang habis-habisan untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Dia mendakwa dia hanya berpengalaman mengambil dadah bukan membekal atau sebagai pengedar.

Edinho ditahan polis pada tahun 2005 dalam serbuan kumpulan penyeludup dadah dan dijatuhkan penjara enam bulan tetapi dibebaskan dengan parol.

Apabila Pele diminta mengulas mengenai keputusan mahkamah ke atas anak ketiga dari tujuh beradik itu, beliau berpendirian anaknya tidak bersalah.

“Dengan restu tuhan, keadilan akan ditegakkan dalam kes anak saya,” katanya. – MalaysiaGazette